SELANGOR FC
BERITA

Pemain-Pemain Kebangsaan Kembali ke Pusat Latihan SFC

Mar 31, 2024 - FAS

Kem latihan Selangor FC kembali meriah dengan kehadiran semula pemain-pemain kebangsaan daripada Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 baru-baru ini.

Sebaik sahaja tamat perlawanan pada 26 Mac, pemain-pemain Selangor FC, Faisal Halim & Sharul Nazeem (Malaysia), Safuwan Baharudin (Singapura), Noor Al-Rawabdeh (Jordan) dan Umarbek Eshmurodov (Uzbekistan) telah diberi cuti sebelum kembali ke Pusat Latihan SFC pada 29 Mac yang lalu.

Manakala, tiga lagi pemain muda Gergasi Merah, Mukhairi Ajmal, Nooa Laine, dan Harith Haiqal yang telah mengikuti skuad Harimau Malaya menentang Oman, sedang meneruskan perjuangan mereka bersama squad bawah 23 tahun Malaysia dalam membuat persiapan menjelang Piala Asia B23 2024 di Qatar, 15 April hingga 3 Mei nanti.

Dalam masa yang sama, skuad Selangor FC akan terus jalank sesi latihan dengan jumlah pemain yang ada bersera beberapa tambahan pemain daripada skuad B23 Gergasi Merah sehingga pasukan lengkap dengan barisan pemain asal sebaik sahaja kejohanan Piala Asia B23 tamat.

Pihak pengurusan mengucapkan selamat kembali kepada pemain-pemain negara dan selamat berjuang kepada skuad B23 kebangsaan. 

Demi Kebanggaan!